Thursday, October 11, 2012

CERITA SEBELUM TIDUR

Assalamu'alaikum,...
Maaf,rasanya baru je lepas update tuk kisah yang masih lagi segar...dan masuk lagi cerita baru yang lebih segar...
Rasa mata ini tak boleh terpejam dek penangan mocha yang saya pekena tadi di bistro mamak...dalam cubaan untuk memaksa mata terpejam,sempat juga aku teringat ketika nak balik dari bistro sebentar tadi..Aku tergesel dgn sebiji motor milik siapa entah.,rapat sgt motor tu di parking dgn kereta aku...disebabkan cermin tingkap kereta yang kabur berembun,aku dah  terlanggar..hmm...nasib baik ganti rugi tak banyak tuk gantikan tongkat motor tu yang dah patah...takpe la...memang dah salah aku kan..
Then tetiba otak aku ni berpaling kepada ingatan yang lain...ingatan kepada mesej yang benar-benar mengejutkan aku baru-baru ni selepas selesai segala event Dr Zakir Naik Malaysian Tour...Si penghantar mesej tu macam tahu dan menunggu masa untuk aku selesai kesibukan,barulah dihantarkan mesej yang membawa perkhabaran 'surprise'...
Aku terfikir kenapa aku?Kenapa aku yang menjadi pilihan untuk persoalannya?Aku adalah insan yang serba kekurangan...penuh kelemahan...aku rasa diri aku ni cukup tidak adil baginya..Aku mendoakan dia adalah insan yang baik,namun aku sedar aku tidak cukup baik untuk keputusan yang dia buat..Indah bicara gaya penulis seperti aku..hmmm dia juga kaki blog sama macam aku..cuma aku malu kerana merasakan aku masih tidak setanding dengan kebaikan dia walaupun aku tidak kenal dia...Ye la,..jika apa yang kita fikirkan itu adalah baik,maka ALLAH akan jadikan ianya baik untuk kita dan begitulah sebaliknya...jika kita fikirkan sesuatu itu tidak baik,maka ALLAH akan jadikan ia tidak baik untuk kita...
Dan dengan kesempatan untuk itu,aku selalu fikirkan dia ini adalah insan juga hamba ALLAH yang sangat baik...dan aku berharap ALLAH makbulkan doaku dengan menjadikan dia sebaik-baik insan...Aku juga inginkan Allah sembunyikan kelemahan,keburukan dan keaiban dia dari pandangan aku...

Aku memang betul2 x kenal dia...siapa lah dia agaknya ni?siapakahh??
Kepala otak ni tidaklah terlalu memikir,tapi kadang kala aku x boleh tiou fikiran yang selalu tertanya2...rasa keinginan melihat rupanya,tapi aku menahan keinginan sebaik2nya kerana aku mahu ALLAH yang menentukan segalanya...semuanya...secara keseluruhannya...jika dia tidak menawan sekalipun pandangan, aku tetap berlapang dada menerima kurniaan ALLAH...yang penting agama dan akhlaknya...membawa kepada sempurnanya iman juga takwa...Dek penangan keputusan dia ini juga buat suhu badan aku kerap naik mendadak...Mana tak nya,aku x pernah alami semua ni...terasa islam ini semakin dekat dengan aku...kesucian dan kemanisan dalam adab islam terasa begitu indah...semuanya penuh adab san berbatas..
Cuma terkadang terfikir juga mengapa lontaran soalan dari dia tidak je dia tanya kepada ahli keluarga aku? Kakak aku,abang aku atau adik aku? Kenapa mesti direct tertuju kat aku ya? Hmmm....kelihatan x berapa kena kesopanan dan kesusilaan cara tapi boleh la aku terima dari sudut positif yang dia x tahu atau x terfikir atau x kenal adik beradik aku yang lain...atau menyangka aku bersendirian di kota kuala lumpur ni...

Dan kadang tu aku terfikir jugak sesi taaruf pertama yang tergantung tu...hmmm agak menghairankan tiba2 ia terus datang dengan soalan yang agak berbeza dalam masa yang juga berbeza...nampak macam aku ni di perhatikan tanpa disedari...mungkin ketika di program Dr Zakir Naik di uitm shah alam atau di pwtc kl...hmmm....agak tertanya pada diri aku seperti pernah dilihat...cuma aku saja yang tak perasan sebab aku tersangat sibuk dan dalam masa yang sama,aku tak kenal dia...
Apa pun yang berlaku,aku harap ALLAH lindungi nawaitunya yang baik...

Alamak!! Mata aku dah mula kuyu dan mengantuklah...rasanya nak solat subuh dulu baru pengsan...rasanya confirm aku bangun lewat nanti..huhuhu
Okay lah,...mohon minta diri dulu,jika ada salah silap sebarang kefahaman,maafkanlah saya dari hujung hijab hingga ke hujung sepatu...
Jazakallahu Khairan khatira...^_^
Wassalamu...zZzZzZzZzZz

2 comments:

  1. alamak,...bila da lama post n cuba baca semula,macam x matang pulak..memalukan la pulak...

    ReplyDelete
  2. Sapa mkn cili dia yg rasa pedaskn...hihihi

    ReplyDelete