Sunday, January 20, 2013

KENANGAN DI CAMERON HIGHLAND

Mengimbas semula ketika menyertai event 'Retreat Motivation' bersama rakan reverts seangkatan iaitu Malaysian Reverted Muslim dan juga Macma Kl ke Cameron Highland banyak memberi kelaian dalam pergaulan dan perhubungan.Lebih kepada sifat berusrah,kekeluargaan harmonis yang menyeronokkan.Baru terperasan lama betul aku dah tak pergi bercuti.Aduhai,patutlah ketegangan kerap menyinggah kepala aku ni..so,kali ni bila peluang sudah ada baru rasa kelegaan tu tercipta.Pengalaman ke Cameron ni pulak aku tak pernah ada,so sepanjang aku disini membuatkan aku celik mata.Macam jakun pun ada, hehehe.Sempat juga aku membeli buah tangan buat anak-anak yang aku rindui dan buat teman yang aku kasihi.
Event berbentuk percutian bersama ni bukan aku pandang kerana percutian 6ang menriknya,tetapi aku pandang akan perkongsian yang akan dibawa.Meraikan pelbagai kerenah rakan-rakqn yang agak melucukan dan tak kurang juga yang sangat peramah.Bertemu dengan rakan yang baru dikenali juga para sahabat yang begerak sebagai daie dalam bidang dakwah.Ceh aku pun 2x5,cuba junior saja la...^_^.Dan bila berada dipuncqk yang sejuk kaw kaw ni,kepala otak dah mula fikirkan apa keistimewaannya yang aku nak cari untuk aku manfaatkan bagi diri aku.
Setahu aku yang paling aku inginkan bila berada disini ialah tomato cerinya yg fresh memandangkan kat sini banyak sayuran yang fresh.Aku memang gilakan tomato ceri.Kegemaran aku yang tersangat2.Kalau ada buih mandian tomato,confirm aku akan beli,hehehe...bila nampak peluang so aku beli banyak2 tomato ceri.Terasa pulak aku nak menyiasat kebaikan dan khasiat tomato memandangkan ia adalah sayuran yang sangat aku gemari.
Jom kita basa sikit aoa khasiatnya yang tersembunyi dibalik kecomelannya tu..^_^
KHASIAT TOMATO
Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Selain itu tomato juga mengandungi fiber atau serat yang bagus untuk penghadaman dan kaya dengan antioksida. Kebaikan2 antioksida adalah
*membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
*Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darahTomato juga baik untuk kulit.
Untuk mendapatkan kulit yang halus dan menawan, amalkan memakan tomato setiap hari.
Kayanya antioksida dan keisitimewaan lain buah tomato adalah tingginya kandungan likopen. Selain memberikan warna merah pada buah tomat, likopen terbukti efektif sebagai zat antioksidan. Likopen juga dapat menurunkan risiko terkena kanser.Kandungan asam klorogenat dan asam p-kumarat di dalam tomat mampu melemahkan zat nitrosamin penyebab kanser. Vitamin A yang terkandung di dalam tomat sangat baik untuk kesehatan mata.Tomato juga banyak dimanfaatkan di dalam industri kecantikan,penggunaan sebagai masker dan pil anti penuaan yang menggunakan bahan asasnya daripada tomato.Selain itu terdapat juga kebaikan yang lain seperti;

*Membantu menurunkan risiko gangguan jantung.
*Menghilangkan kelelahan dan menambah nafsu makan.
*Menghqlang pertumbuhan sel kanker pada prostat, leher rahim, payudara dan endometrium.
*Memperlambat penurunan fungsi mata karena pengaruh usia (age-related macular degeneration).
*Mengurangi risiko radang usus.
*Membantu menjaga kesihatan organ hati, ginjal, dan mencegah kesukaran buang air besar.
*Menghilangkan jerawat.
*Meningkatkan jumlah sperma pada lelaki.
*Memulihkan fungsi buah pinggang.
*Mengatasi kegemukan.
Wah,wah..terasa bangganya bila menjadi pecinta tomato.Sekurangnya aku tahu khasiat yang aku dapat.
So,balik dari percutian ni,aku naik demam.Entah apa punya songeh badan,Tak pernah mudah aku untuk jatuh sakit.Mungkin adalah hikmah yang Allah sampaikan tu.Apapun pengalaman ni walaupun dalam masa yang singkat,tapi banyak yang aku dah dapat.Selain khasiat tomato kegemaran aku (tomato je yg aku rambang mata masa kat cameron tu),aku juga diberi peluang oleh sahabat dai'e untuk memberi tazkirah.Alamak hai,aku ni paling lomah bila kena bercakap depan orang ramai coz bicara aku taklah sebagus penulisan aku.Tapi sebab faham kebaikan brothers yang ingin melatih kelebihan yang aku ada,so aku cuba sedaya mungkin.Bertajukkan 'Apa itu islam',aku mula menyusun ayat dan berkongsi dengan sahabat yang lain-lain.Keberanian mula muncul perlahan2 hingga ayat yg aku susun berubah dengan sendirinya.Bak kata ia tazkirah yang berakhir dalam sebuah perbincangan yang sungguh harmonis.Membentuk satu ukhwah yang lebih akrab dan erat.
Haish..kala ada rezeki boleh la join lagi,Insya Allah..
Alhamdulillah,buat segala perancangan yang berakhir dengan baik sekali...syukur.,,


No comments:

Post a Comment