Tuesday, July 23, 2013

BERJILBAB, BERWAJAH BARU, HATI INI TETAP SAMA

Berjilbab, aku memilih untuk melindungi pandangan dari ajnabi. Namun kadang-kala aku terpaksa berkorban membukanya jika menjalankan aktiviti dakwah kepada insan belum muslim. Aku memilih tanpa ada sebarang paksaan. Kerana pandangan aku pabila terlihat muslimah yang berjilbab, cukup mengagumkan hati dan dapat melihat betapa terserlahnya berniqab dan berpurdah. Aku tahu pasti ada yang ingin tahu bagaimana atau darimana sudut kecantikan yang boleh aku gambarkan kepada orang yang merasa ingin tahu tentangnya, jom saya ceritakan..

Memilih untuk berwajah baru biarpun sementara, aku mengajar diri dalam kemestian untuk bersedia. Bersedia dalam pelbagai perkara. Aku tidak memandang remeh dalam pemakaian mengikut cara islam kerana aku mahu ia seiring dengan sifat dan personaliti mengikut apa yang dimahukan oleh Allah SWT. Hampir 2 tahun aku bersedia, dan memulakan langkah dalam mendidik diri dan jiwa untuk sentiasa bermuhasabah, terutamanya pada hati ini dan kini akhirnya aku berjaya memberanikn diri untuk memakainya dengan begitu yakin. Hikmahnya sejak aku memakai niqab, aku dapat rasa pandangan terhadap aku dipelihara. Keberanian insan yang bernama lelaki untuk memandang menjadi terlalu berhati-hati dan beralih arah. aku merasakan di situlah keindahannya berjilbab. Malah aku disenangi dan terasa semakin yakin dalam memelihara maruah diri dan agama yang di pertanggungjawab untuk memegangnya kerana Allah. Merasa diri sungguh istimewa, namun dugaan dan cabaran menguji pasti akan menyusul. Aku tahu, tapi tak mengapa kerana aku sudah pun bersedia.

Sokongan yang melanda memberi kekuatan. Para sahabat, aku ingin berterima kasih kerana sentiasa membimbingkan dengan nasihat. Ia pembakar semangat untuk terus berjilbab. Adakalanya untuk biasakan diri agak menyusahkan, tapi tidak mustahil untuk saya berjaya seperti insan lain yang berjilbab sama. Permulaan dalam menjadikan istiqamah, cara makan,solat dan keselesaan, feedback dari rakan-rakan...
Kebanyakan para sahabat tidak mengecam atau mengenali wajah baru dan ia bukan sesuatu yang pelik kerana aku faham dengan keadaan begini aku harus memulakan semuanya. Bertegur sapa dan menjelaskan bahawa diri ini adalah Emyne Fahimah Chan yang masih seperti dahulu walaupun telah berwajah baru.

Cuma, rasa gembira dengan reflect dari sahabat yang turut gembira. Bersyukur dengan keputusan ini, walaupun mungkin keluargaku yang masih beragama buddha akan terkejut, tapi saya tahu bahawa mereka akan sangat faham dan bersetuju dengan pendapat saya yang akan saya jelaskan kepada mereka nanti.

Insya Allah,diri sentiasa dilindungi Allah dari kejahatan, moga diri ini akan terus kekal bersama kasih sayang-NYA... Amin...