Wednesday, August 8, 2012

AKU YANG BARU

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan RAMADHAN..
Jangan tinggal puasa dan juga solat..
moga di kurniakan limpahan keberkatan diatas setiap amalan kita..
Waktu mengambil detik-detik tanpa bertanya khabar,lama sudah tak meluah rasa..
agak sibuk dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Bidang baru lah katakan.
Dalam kesibukan menempuhi ranjau nan baru ni,nak kata payah takde lah sangat kerana bila dah minat dalam bidang yang menjadi kesukaan kita,semuanyta menjadi mudah.
Hmm,..tahukan hidup saya yang menjadi bertambah sunyi?
Walaupun memiliki sahabat disekeliling hati aku tetap rasa sunyi.Jadi,demi memujuk hati untuk merasai terisinya rasa,aku cuba berusaha mendekatkan diri dengan Allah..
Aku akui tetap tidak dapat menolak akan rasa yang menguis perasan..menangis,merindui saat bahagia dan segalanya lah..kasih pada anak-anak.Sungguh la berat menanggung rasa...Tapi aku pun tak mahu lah menjadi seorang yang mudah berputus asa dan lemah. Aku tetap bangun berdiri teguh dan kuatkan semangat.
Dengan diri aku yang baru ini,aku harap Allah memperluaskan jalanNYa untuk memudahkan diri aku terus mancapai kebahagiaan disana kelak..seindah di dunia ini,tak mengapalah kalau bukan menjadi rezeki untuk merasainya..Yang penting kebahagiaan itu ada...walau sedikit ia tetap menjadi suatu kesyukuran buat aku...indah bukan dengan nikmat yang lahir dari rasa bersyukur?kalau nak tahu aku kini menyertai NGO Skuad Mubaligh Selangor yang pejabatnya terletak di Shah Alam.Sepanjang aku mengabdikan diri aku untuk detik masa aku demi islam agama Allah,aku merasai setiap perjalanan aku juga menjadi lebih mudah..



Aktiviti dibulan puasa juga berjalan dengan lancar...masuk hari ke 18 berpuasa aku dah siap berkhatam dengan peserta yg lain yang mengikuti Tadarus Perdana yang berlangsung di masjid negeri...rezeki mencurah...Asalkan ada keikhlasan dalam setiap perkara yang kita lakukan,maka ia akan berjalan dengan lebih baik dan dipenuhi limpahan rahmat keberkatan dan juga nikmat...Kini masih dalam menyibukan diri membantu para mualaf dan reverts yang lain saya harap insan diluar sana juga dapat memberikan bimbingan kepada mereka yang memerlukan bimbingan agama..siapalah kita tanpa Allah kan? Hidupnya kita kerana Allah,apa salahnya jika kudrat kita dibahagikan kepada mereka yang memerlukan..Insya Allah ^_^