Thursday, October 11, 2012

CERITA SEBELUM TIDUR

Assalamu'alaikum,...
Maaf,rasanya baru je lepas update tuk kisah yang masih lagi segar...dan masuk lagi cerita baru yang lebih segar...
Rasa mata ini tak boleh terpejam dek penangan mocha yang saya pekena tadi di bistro mamak...dalam cubaan untuk memaksa mata terpejam,sempat juga aku teringat ketika nak balik dari bistro sebentar tadi..Aku tergesel dgn sebiji motor milik siapa entah.,rapat sgt motor tu di parking dgn kereta aku...disebabkan cermin tingkap kereta yang kabur berembun,aku dah  terlanggar..hmm...nasib baik ganti rugi tak banyak tuk gantikan tongkat motor tu yang dah patah...takpe la...memang dah salah aku kan..
Then tetiba otak aku ni berpaling kepada ingatan yang lain...ingatan kepada mesej yang benar-benar mengejutkan aku baru-baru ni selepas selesai segala event Dr Zakir Naik Malaysian Tour...Si penghantar mesej tu macam tahu dan menunggu masa untuk aku selesai kesibukan,barulah dihantarkan mesej yang membawa perkhabaran 'surprise'...
Aku terfikir kenapa aku?Kenapa aku yang menjadi pilihan untuk persoalannya?Aku adalah insan yang serba kekurangan...penuh kelemahan...aku rasa diri aku ni cukup tidak adil baginya..Aku mendoakan dia adalah insan yang baik,namun aku sedar aku tidak cukup baik untuk keputusan yang dia buat..Indah bicara gaya penulis seperti aku..hmmm dia juga kaki blog sama macam aku..cuma aku malu kerana merasakan aku masih tidak setanding dengan kebaikan dia walaupun aku tidak kenal dia...Ye la,..jika apa yang kita fikirkan itu adalah baik,maka ALLAH akan jadikan ianya baik untuk kita dan begitulah sebaliknya...jika kita fikirkan sesuatu itu tidak baik,maka ALLAH akan jadikan ia tidak baik untuk kita...
Dan dengan kesempatan untuk itu,aku selalu fikirkan dia ini adalah insan juga hamba ALLAH yang sangat baik...dan aku berharap ALLAH makbulkan doaku dengan menjadikan dia sebaik-baik insan...Aku juga inginkan Allah sembunyikan kelemahan,keburukan dan keaiban dia dari pandangan aku...

Aku memang betul2 x kenal dia...siapa lah dia agaknya ni?siapakahh??
Kepala otak ni tidaklah terlalu memikir,tapi kadang kala aku x boleh tiou fikiran yang selalu tertanya2...rasa keinginan melihat rupanya,tapi aku menahan keinginan sebaik2nya kerana aku mahu ALLAH yang menentukan segalanya...semuanya...secara keseluruhannya...jika dia tidak menawan sekalipun pandangan, aku tetap berlapang dada menerima kurniaan ALLAH...yang penting agama dan akhlaknya...membawa kepada sempurnanya iman juga takwa...Dek penangan keputusan dia ini juga buat suhu badan aku kerap naik mendadak...Mana tak nya,aku x pernah alami semua ni...terasa islam ini semakin dekat dengan aku...kesucian dan kemanisan dalam adab islam terasa begitu indah...semuanya penuh adab san berbatas..
Cuma terkadang terfikir juga mengapa lontaran soalan dari dia tidak je dia tanya kepada ahli keluarga aku? Kakak aku,abang aku atau adik aku? Kenapa mesti direct tertuju kat aku ya? Hmmm....kelihatan x berapa kena kesopanan dan kesusilaan cara tapi boleh la aku terima dari sudut positif yang dia x tahu atau x terfikir atau x kenal adik beradik aku yang lain...atau menyangka aku bersendirian di kota kuala lumpur ni...

Dan kadang tu aku terfikir jugak sesi taaruf pertama yang tergantung tu...hmmm agak menghairankan tiba2 ia terus datang dengan soalan yang agak berbeza dalam masa yang juga berbeza...nampak macam aku ni di perhatikan tanpa disedari...mungkin ketika di program Dr Zakir Naik di uitm shah alam atau di pwtc kl...hmmm....agak tertanya pada diri aku seperti pernah dilihat...cuma aku saja yang tak perasan sebab aku tersangat sibuk dan dalam masa yang sama,aku tak kenal dia...
Apa pun yang berlaku,aku harap ALLAH lindungi nawaitunya yang baik...

Alamak!! Mata aku dah mula kuyu dan mengantuklah...rasanya nak solat subuh dulu baru pengsan...rasanya confirm aku bangun lewat nanti..huhuhu
Okay lah,...mohon minta diri dulu,jika ada salah silap sebarang kefahaman,maafkanlah saya dari hujung hijab hingga ke hujung sepatu...
Jazakallahu Khairan khatira...^_^
Wassalamu...zZzZzZzZzZz

Wednesday, October 10, 2012

DZN EVENT MALAYSIAN TOUR

Entah macamana nak aku lafazkan...hanya doa mengiringi aku sepanjang jalan yang di iringi persoalan...ia agak berat namun kekuatan sudah pun besedia melawan kudrat..setelah menerima berita itu,akunpun berdoa...
YA ALLAH,
Aku masih meragui diantara kenyataan atau disebaliknya,...Mohon ALLAH beri petunjuk jika ia suatu kebaikan,maka utuhkan lah perjalanan,..jika ia menyembunyikan suatu kejahatan,YA ALLAH,selamatkanlah daku...jauhkan dia dari merosakkan cinta aku denganMU...

Pertama kali merasa berdoa mengungkap kata tanpa sempadan..walauounnia penuh beradap nan berkias...terkaku,terkedu dan terkelu lidah,sahabat disisi meminjamkan semangat perbuatan...saling membuahkan pertanyaan,....

Eh,!rasa mcm novel pulak merepek aku kali ni...entah lah...malam tadi ketika menumpang tidur di rumah kawan,kami berkongsi cerita suka dan duka..
Diantara pahit manis...perbuatan yang menjaga ukhwah persahabatan menambahkan kasih sayang kami sebagai sahabat...
Aku ingin juga berkongsi cerita tentang aku,tapi aku rasa belum cukup bersedia untuk itu...

Minggu ni aku sangatlah sibuk untuk program dakwah Dr Zakir Naik Malaysian Tour..dari johor menujunke shah alam,kemudian ke pahang dan seterusnya ke pwtc kuala lumpur..penat yang teramat sgt dengan mata yang lebam akibat tak cukup tidur...tapi yang bestnya,saya gembira...melakukan semua dakwah ini sungguh berbaloi dengan keletihan yang dirasai...ada ramai kawan...bermacam pengalaman...ketika dinpwtc,audience lebih sibuk dgn tempat duduk yang menjadi isu...aduhaiii....pening pala eden..
Ada yang sibuk tanya mana saya beli jubah ala2 gaun...dan ada pulak beri no phone nak berkenalan..maaf ya,saya x boleh terima nombor tu...so,bakul sampai memainkan peranan terbaik masa tu...bukan sombong,tapi biar patut2 la...agak x beradap kan?....lepas ni masa untuk menghadiri kursus perkaderan professional pulak...hmmm kena simpan banyak tenaga...dah tu 24hb teman kawan balik kelantan...sepanjang bulan ni scedule padat dgn aktiviti...itulah,jika hati selalu bergerak demi ALLAH,keletihan bukan menjadi isu...no way!...^_^
Apa pun jua,hati ikhlas dan nawaitu lurus...insya Allah


Wednesday, August 8, 2012

AKU YANG BARU

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan RAMADHAN..
Jangan tinggal puasa dan juga solat..
moga di kurniakan limpahan keberkatan diatas setiap amalan kita..
Waktu mengambil detik-detik tanpa bertanya khabar,lama sudah tak meluah rasa..
agak sibuk dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Bidang baru lah katakan.
Dalam kesibukan menempuhi ranjau nan baru ni,nak kata payah takde lah sangat kerana bila dah minat dalam bidang yang menjadi kesukaan kita,semuanyta menjadi mudah.
Hmm,..tahukan hidup saya yang menjadi bertambah sunyi?
Walaupun memiliki sahabat disekeliling hati aku tetap rasa sunyi.Jadi,demi memujuk hati untuk merasai terisinya rasa,aku cuba berusaha mendekatkan diri dengan Allah..
Aku akui tetap tidak dapat menolak akan rasa yang menguis perasan..menangis,merindui saat bahagia dan segalanya lah..kasih pada anak-anak.Sungguh la berat menanggung rasa...Tapi aku pun tak mahu lah menjadi seorang yang mudah berputus asa dan lemah. Aku tetap bangun berdiri teguh dan kuatkan semangat.
Dengan diri aku yang baru ini,aku harap Allah memperluaskan jalanNYa untuk memudahkan diri aku terus mancapai kebahagiaan disana kelak..seindah di dunia ini,tak mengapalah kalau bukan menjadi rezeki untuk merasainya..Yang penting kebahagiaan itu ada...walau sedikit ia tetap menjadi suatu kesyukuran buat aku...indah bukan dengan nikmat yang lahir dari rasa bersyukur?kalau nak tahu aku kini menyertai NGO Skuad Mubaligh Selangor yang pejabatnya terletak di Shah Alam.Sepanjang aku mengabdikan diri aku untuk detik masa aku demi islam agama Allah,aku merasai setiap perjalanan aku juga menjadi lebih mudah..



Aktiviti dibulan puasa juga berjalan dengan lancar...masuk hari ke 18 berpuasa aku dah siap berkhatam dengan peserta yg lain yang mengikuti Tadarus Perdana yang berlangsung di masjid negeri...rezeki mencurah...Asalkan ada keikhlasan dalam setiap perkara yang kita lakukan,maka ia akan berjalan dengan lebih baik dan dipenuhi limpahan rahmat keberkatan dan juga nikmat...Kini masih dalam menyibukan diri membantu para mualaf dan reverts yang lain saya harap insan diluar sana juga dapat memberikan bimbingan kepada mereka yang memerlukan bimbingan agama..siapalah kita tanpa Allah kan? Hidupnya kita kerana Allah,apa salahnya jika kudrat kita dibahagikan kepada mereka yang memerlukan..Insya Allah ^_^








Monday, April 2, 2012

ALAMAKKKK TANGANKU....!!!!

Berita buruk,..semalam bagai jatuh ditimpa hiba,..sudahlah patah tangan kerana jatuh,kemudian datang lah pula patah hati..Ah! biarlah semua ni berakhir sendiri..dah terlalu penat nak melayan..hari ni walau sakit,sempat juga dapatkan my favorite drink iaitu mocha praline dan sempat juga bershopping di KLCC. Bukannya apa just beli hand losyen stanby tuk tangan yg kena simen berkurun ni..effection yang bakal berlaku pada kulit sensitif sy ni confirm ada..alang-alang tu memujuk hati tuk hilangkan rasa sedih yang membelenggu dihati..
Sepanjang pergerakan jadi terbatas ni,agak susah nak update blog n melakukan aktiviti yang sewaktu dengannya..drive lagi..inilah hikmah berdikari,..so takdelah menyusahkan orang lain,That's not my style..apapun yang berlaku, selagi boleh buat sendiri, semuanya akan dilakukan penuh semangat..
Bercakap tentang semangat,syukur alhamdulillah kepada Allah yang mengurniakan saya anak-anak yang hebat dan kuat semangat..dalam menghadapi sakit ni anak-anak ambil alih tugas saya dirumah walaupun usia mereka terlalu muda..syukur untuk akhlak mereka yang Allah kurniakan..Allah lebih mengetahi apa yang tersirat. Terharu betul..Apapun saya gembira Allah sentiasa berada disisi.. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..Sudah tentu ia akan berakhir dgn lafaz alhamdulillah...

Tuesday, March 13, 2012

LUAHAN TERAKHIR UNTUKNYA


Wahai insan yang bernama suami,andai ditakdirkan kasih ini hanyalah sementara buat diri ini,
darimu wahai suami..
Terima kasih untuk segala kasih sayang serta kekuatan yang dikau tumpangkan buatku..
Terima kasih walau ia hanya bersifat sementara,pengalaman perjalanan hidup ini yang penuh bersimpang siur namun sangat bermakna dan berharga..
Jangan melihat hati ini yang sering menangisi demi cebisan harapan  juga palitan rasa cinta yang sudah tiada..Maafkan diri ini untuk hati yang telah jauh.Ia kesilapanku kerna tidak merasainya selama kita bersama berusaha membina kekukuhannya..Binaan itu sungguh teguh namun isinya masih suram sepi dan sunyi..Ia kosong tanpa warna penyeri kehidupan...Keizinan ini merelai kebahagiaanmu...Ia adalah pengorbanan besarku.Walau ia kabur pada pandangan matamu akan keikhlasan ini,ku kan doakan agar ia kan terus membahagiakan dirimu didunia ini.Dalam diamku,serpihan kecai hati ini,juga kehancuran ini,..ku sematkan menjadi doa buatmu diakhirat..diatas kebaikanmu melindungi ku suatu ketika dulu dalam semangatmu.Maafkan ku kerna tidak merasai kebahagiaan juga cinta selama denganmu...ia adalah kesilapanku..
Wahai suami,..dikau yang terbaik..Buat anak-anak kita..yang pernah suatu ketika ku kurniakan bagai hadiah untukmu..
Ya,aku lemah..penuh kekurangan...Kerna tidak mampu membahagiankanmu..

Kesedaran ini datang bermain dijiwa hati serta perasaan..Aku bukanlah yang terbaik buatmu.Namun ku seraahkan segalanya buat tuhan yang lebih menentukan segala..
Buat tatapanmu wahai suami,..
Maafkan andai aku mengosongkan hati ini dari ukiran namamu...
Izinkan aku meletakkan ia didalam sepi sendiri..biarkanlah ia begini ku rayu..Aku tidak punyai apa-apa selain kurniaan bunga syurga serta Tuhan yang satu..Janganlah dikau memaksa hati ini untuk kembali semekar dulu..layunya kuntuman ini kan tumbuh yang lainnya sebagai ganti..
Dugaan ini sungguh milikku..dari Allah buatku..kasih sayang mu itu tertulisnya hanya sementara kerana tuhan inginkan cinta dan sayangnya buaku lebih dari segala-galanya didunia ini..
Aku menulis ini dengan tangisan airmata..bukan kerana melihat siapa dirimu,tapi aku melihat siapa diriku..
sungguh kesedaran ini merubah segala pandangan yang memesong..Ia terletak didalam diriku..Aku kecewa..bukan kecewa kerana dikau wahai suamiku,..tapi kerana diriku yang terlepas dari keindahan juga perasaan cinta yang menghiasi jiwa  yang memekar menjadi pandangan hati ini..Aku mencemburui insan lain, namun aku lebih menyesali andai cinta tuhan tiada buat aku..
wahai suamiku,..

diri ini sungguh lemah..,aku lesu...lelah menjadi diriku yang tiada hentinya membimbing diri ini bersama ujian serta dugaan tanpa hentian..sejak azali ia tiada mengenal erti berhenti..
Kini aku pasrah padamu juga Tuhan yang menjadikan aku setulus serapuh seorang wanita..
Aku kan terus meredhai hidup tanpa rasa cinta,kasih dan sayang ini selamat hayatku..
Ia pengorbanan aku untukmu..juga anak2 syurga yang menghiasi kehidupan kita..
Andai ia kan berakhir dengan kehendak tuhan,tiada pengganti kan dapat mengisi hati yang telah tertutup ini. Namun aku tirak mampu menolak kuasa dan kehendak Tuhan sekiranya jodoh itu hadir. Doaku kan selalu mengiringi dirimu dalam diam mu..
Airmata ini,..
ia bukan tangis kesedihan..malah ia tangis kesyukuran demi melihat dirimu sentiasa dipaut kebahagiaan dengan sidia..bunga kebahagiaanmu..:)