Wednesday, December 24, 2014

THE BEST KARIPOP (PUFF) I EVER HAD!!

Dulu pernah keluar tentang Karipop ni di majalah At-Taqwa dibawah kolumn karya saya. Saiz karipapnya yang luar biasa, juga di pelbagaikan dengan inti yang luar biasa yang confirm tiada dijual dimana2 selain dari jenama karipop sendiri.
Kini karipap ini yang di brandkan dengan jenama KARIPOP  telah mengeluarkan  karipop frozen untuk dijual kepada umum supaya peminat2 karipap boleh menikmati snek ini dimana2 saja atau dirumah sambil menikmatinya dihadapan televisyen bersama keluarga atau rakan2. Jika berminat, bolehlah pm ke Facebook.com/karipopkl. Penghantaran akan dilakukan segera ke kediaman masing-masing di seluruh kawasan KL, Selangor, Ipoh, Pulau Pinang, Sg. Petani dan Johor.

Ini harga bagi pakej KARIPOP :

RM 10 satu paket bagi saiz sederhana (10 biji satu paket) + minima RM16 cas penghantaran (mengikut kawasan masing-masing).

RM 20 satu paket bagi saiz besar (10 biji satu paket) + minima RM16 cas penghantaran (mengikut kawasan masing-masing).

Sebelum ni KARIPOP  ni pernah buka kiosk sementara di Busana Mara jln TAR, dalam sehari mula jual dr pagi, sampai tengahari je dah settle habis macam pisang panas. Saya bawa anak2 saya cuba KARIPOP ni, habis x berhenti beli termasuklah maknya ni. Satu hari sampai 4 ketul habis haha. Maklumlah bila selera terhadap makanan ruji tiada, maka karipap ni la yang jadi pengganti penyumbang tenaga.
Padahal sebelum ni aku paling tak suka makan kuih muih terutamanya yang bergoreng. Tapi bila dah jumpa KARIPOP ni, hilang kejap kewarasan dan prinsip aku terhadap kuih tradisi ni.

Siapa yang x suka Karipap kan? Memang sedap kalau makan panas2 apatah lagi intinya pure berperisa, mantop x seperti sesetengah karipap yang intinya kentang je lebih. Okay KARIPOP ni terdapat 4 jenis inti yang memang confirm digemari ramai. Korang pun takkan jangka dengan kandungan inti yang kreatif dan luar biasa ni.

Terdapat 4 jenis Inti iaitu :

1. Beef casserole
2. Mushroom & Onions
3. Mash potatoes & Chicken sausage
4. macaroni & Cheese
5. Chisken Masala

Satu lagi, aku ni penggemar kepada menu Chicken Masala masakan orang India. Setiap kali pergi kedai mamak, memag menu ni yang aku cari. Memang susah sikit nak jumpa di kl ni sebab yang ada semua tiada masala. Hehehe...Dekat penang banyak. So bila tahu KARIPOP ni mempunyai inti rasa dari masala yang pure hand made, apa lagi. Faham2 la sampai aku borong ke rumah. So kalau korang nak order,stock sentiasa ada. favourite aku satu lagi ialah Beef casserole. Speechless. Fresh made bila di order. Rugi kalau x cuba. ^_^

Kalau you all nak beli boleh la call di nombor 010 2124956.


Tuesday, January 7, 2014

SAYANG YANG SUKAR DIPADAM

Perasaan sayang itu memang xkan pernah habis..Bila timbulnya ia, akan selalunya timbul..
Sukar untuk dipadam-padamkan....Setiap perasaan sayang itu ada karakternya yang tersendiri...
Sayang sebagai sahabat, keluarga dan si dia..

Sayang kepada sahabat adalah menjadi seorang ikhlas, sayang kepada keluarga adalah menjadi seseorang yang mengasihi dan sayang kepada si dia adalah menjadi seorang yang jujur..
Dan perasaan sayang ini bukan bahan murahan untuk dikongsikan dengan orang lain.

Ia hanya tetap untuk yang ditujukan.
Jika menyentuh kepada sayang untuk si dia, sungguh manis sayang itu tidak diberikan dengan cinta...kerana cinta itu akan diberikan ketika sah menjadi suami isteri..sayang yg dizahirkan dengan perasaan cinta akan mewujudkan ketulusan sepenuh hati..lebih dari kemampuan mencintai kepada diri sendiri..

Kasih sayang yang memiliki cinta lebih tinggi nilainya..kerana sekali ia diletakkan dihati seseorang berlandaskan kesungguhan dan keikhlasan, selamanya ia akan kekal diteman kebahagiaan...

Disini juga akan dizahirkan rasa dihargai dan menghargai...Menghargai hati dan perasaan selama masih bernyawa...Menjaga dengan penuh kasih dan sayang, Memelihara hubungan yang berlandaskan agama dan penuh keikhlasan...

Semua ini termaktub janji diri diatas kepercayaan dalam hatinya..dan dari sinilah juga ia akan berlaku dengan bersungguh-sungguh dimana pengakhirannya nanti tidak akan berakhir dengan sia-sia...

BERILAH PELUANG KEBAHAGIAAN KEPADA DIRI

A lots of confuses...

Diri kita banyak kekurangan dan kepahitan, namun lebih kesian kita tidak memberi diri kita peluang untuk mencapai impian dan kebahagiaan...


Kita masih sibuk mengejar hal-hal kepuasan dan kepentingan, namun kita tidak pernah kisahkan hal-hal yang telah Allah berikan..

Bukalah mata, bukalah hati..lihat disekeliling diri..apa yg ada, mengapa ia ada..apakah tujuan Allah mencipta diri kita didampingi kasih sayang sedangkan kita tidak endah dan tidak menghargainya? Sebagai Islam kita HARUS mempamerkan kasih sayang yang berlandaskan kemahuanNya, menghargai setiap peluang yang dilimpahkanNya, namun kita masih tidak sedar diri dan masih tidak mahu bersyukur..Erti syukur itu sambutlah dengan melakukan perubahan, iaitu perubahan yang lebih baik..bukan kekal berada ditakuk lama..

Untuk apa Allah turunkan ujian dan keperitan?
Kerana Allah mahu kita mengambil iktibar dan belajar untuk menghadapi serta menerima HAKIKAT hidup, dan kerana Allah inginkan kita sentiasa mengingatiNya...

Kita sentiasa menunaikan ibadah dan menunaikan solat, tapi apakah hati kita benar-benar terletak keikhlasan kepadaNya?
Bagaimana kita boleh berkata kita ikhlas sedangkan hakikatnya kita x terima hakikat dan kenyataan ujian dariNya?
Bagaimana kita boleh kata kita semakin dekat dengan Allah sedangkan keperitan dan kesakitan yang Allah berikan pun kita jadikan sebagai alasan utk kita menghadapi kebahagiaan dan kehidupan yang serba indah?
Bagaimana kita akan dapat kenikmatan hidup jika kita masih menganggap kenangan pahit itu sebagai trauma utk kita melakukan perubahan? BAGAIMANA KAMU NAK DAPAT APA YANG KAMU MAHU SEDANGKAN KAMU SENDIRI TIDAK CUBA BERUBAH?
Berilah peluang kepada diri sendiri..Kasihanlah kepada diri..Usah mementingkan perasaan sendiri sedangkan hidup kita yg bernyawa ini pun adalah pinjaman daripada Allah..
Jangan jadi manusia yang sombong, apabila diberikan ujian, terus menerus kita menolak untuk menerima kehidupan yang mendatang yang mana Allah turunkan demi perubahan..
Jadilah hamba Allah yang benar-benar ikhlas yang apabila diturunkan musibah baginya, dia menerimanya denga ikhlas dan belajar daripadanya untuk menjadi manusia yang mempunyai hati yang semakin kuat untuk meneruskan kehidupan..
Sesungguhnya kesakitan itu sebenarnya adalah kekuatan..Jika kita merasa sakit, sedarlah masih ada yang lebih sakit daripada kita..
Dan jika mereka boleh berdiri menerima cabaran Allah, takkan kita tidak boleh?
Sesungguhnya Allah maha mengetahui kemampuan kita..Tidak akan Allah hantar sesuatu ujian tanpa kesesuaian dengan kemampuan seseorang hambaNya..

SEDARLAH..
Allah sayangkan kita...ADAKAH KITA SAYANGKAN DIRI KITA?...

NILAI CINTA

Ketika cinta sudah menawan hati kita, apa pun sanggup dikorbankan sekalipun nyawa demi sebuah cinta. Cinta itu sabar, murah hati, dan penuh dengan kelembutan, namun tegas dalam tekadnya bagi memberi kebahagiaan kepada orang lain.
Malah, ketika kita dilanda rasa cinta dan kasih yang meluap-luap,
kita tidak lagi memikirkan kepentingan diri sendiri. Pada kita, yang penting adalah bagaimana untuk kita membahagiakan orang lain.
Cinta yang hadir tanpa dirancang itu adalah datangnya daripada Allah, dan cinta yang dirancang itu datangnya daripada nafsu..
Semai benih cinta kurniaan Allah itu menjadi pokok kepada kebahagiaan diatas landasan Islam agar ia akan sentiasa terjaga dalam harga yang tinggi nilainya..
Peliharalah rasa cinta itu, kerana nilainya sungguh berharga diantara kedua pemilik itu...