Tuesday, January 7, 2014

BERILAH PELUANG KEBAHAGIAAN KEPADA DIRI

A lots of confuses...

Diri kita banyak kekurangan dan kepahitan, namun lebih kesian kita tidak memberi diri kita peluang untuk mencapai impian dan kebahagiaan...


Kita masih sibuk mengejar hal-hal kepuasan dan kepentingan, namun kita tidak pernah kisahkan hal-hal yang telah Allah berikan..

Bukalah mata, bukalah hati..lihat disekeliling diri..apa yg ada, mengapa ia ada..apakah tujuan Allah mencipta diri kita didampingi kasih sayang sedangkan kita tidak endah dan tidak menghargainya? Sebagai Islam kita HARUS mempamerkan kasih sayang yang berlandaskan kemahuanNya, menghargai setiap peluang yang dilimpahkanNya, namun kita masih tidak sedar diri dan masih tidak mahu bersyukur..Erti syukur itu sambutlah dengan melakukan perubahan, iaitu perubahan yang lebih baik..bukan kekal berada ditakuk lama..

Untuk apa Allah turunkan ujian dan keperitan?
Kerana Allah mahu kita mengambil iktibar dan belajar untuk menghadapi serta menerima HAKIKAT hidup, dan kerana Allah inginkan kita sentiasa mengingatiNya...

Kita sentiasa menunaikan ibadah dan menunaikan solat, tapi apakah hati kita benar-benar terletak keikhlasan kepadaNya?
Bagaimana kita boleh berkata kita ikhlas sedangkan hakikatnya kita x terima hakikat dan kenyataan ujian dariNya?
Bagaimana kita boleh kata kita semakin dekat dengan Allah sedangkan keperitan dan kesakitan yang Allah berikan pun kita jadikan sebagai alasan utk kita menghadapi kebahagiaan dan kehidupan yang serba indah?
Bagaimana kita akan dapat kenikmatan hidup jika kita masih menganggap kenangan pahit itu sebagai trauma utk kita melakukan perubahan? BAGAIMANA KAMU NAK DAPAT APA YANG KAMU MAHU SEDANGKAN KAMU SENDIRI TIDAK CUBA BERUBAH?
Berilah peluang kepada diri sendiri..Kasihanlah kepada diri..Usah mementingkan perasaan sendiri sedangkan hidup kita yg bernyawa ini pun adalah pinjaman daripada Allah..
Jangan jadi manusia yang sombong, apabila diberikan ujian, terus menerus kita menolak untuk menerima kehidupan yang mendatang yang mana Allah turunkan demi perubahan..
Jadilah hamba Allah yang benar-benar ikhlas yang apabila diturunkan musibah baginya, dia menerimanya denga ikhlas dan belajar daripadanya untuk menjadi manusia yang mempunyai hati yang semakin kuat untuk meneruskan kehidupan..
Sesungguhnya kesakitan itu sebenarnya adalah kekuatan..Jika kita merasa sakit, sedarlah masih ada yang lebih sakit daripada kita..
Dan jika mereka boleh berdiri menerima cabaran Allah, takkan kita tidak boleh?
Sesungguhnya Allah maha mengetahui kemampuan kita..Tidak akan Allah hantar sesuatu ujian tanpa kesesuaian dengan kemampuan seseorang hambaNya..

SEDARLAH..
Allah sayangkan kita...ADAKAH KITA SAYANGKAN DIRI KITA?...

No comments:

Post a Comment