Tuesday, August 13, 2013

Nak menolak ke atau harus terima?

Kadang bila kita inginkan jawapan yang benar-benar pasti, kita pasti akan memohon pertolongan Allah melalui istikharah. Bukan untuk jodoh,tapi ia untuk kebahagiaan. Solat bukan dibuat sekali dua,tapi berkali-kali agar jawapan yang dimiliki nanti lebih pasti dan yakin pasti. Tetapi bila Allah dah turunkan hints dan jawapannya, kita jadi serba salah antara hendak terima atau tidak kerana apa yang berlaku adalah diluar jangkaan kemahuan diri mahupun hati. Hendak terima serba salah kerana mengundang goresan pada hati orang lain dan jika tak diterima pula seolah tak bersyukur kerana mengingkari dan menolak jawapan daripada Allah yang kita sendiri pohonkan. Seolah mempermainkan pemberian dariNya. Dan kekuasaan Allah yang menjelaskan petunjuknya yang banyak bermain dgn detik hati dan keajaiban yang berlaku tanpa dirancang itu yang mana ia berlaku adalah datang dengan sendirinya. Rasanya apakah hidup ini wujudnya kebetulan?

Pada saya hidup ini tidak pernah wujud dengan kebetulan. Malah setiap apa yang berlaku adalah dirancangkan dan ditulis oleh Allah sejak azali lagi. Serba salah kerana menjadi hambaNya yang tak reti bersyukur,maka lebih baik menerima jawapan istikharah itu dengan redha. Namun,ia akan mengguris hati dan perasaan orang lain.

Saya tidak pernah mahu hidup gembira diatas penderitaan orang lain, jadi sy tetapkan hati hanya mengikut arus perjalanan yang telah Allah tetapkan. Setiap liku ia berlaku dengan sangat mudah. Ia terlalu mudah. Tak cukup dengan tu,ia datang melalui mimpi membawa perkhabaran bahawa perjalanan saya ini akan berlaku dengan mudah. Tapi saya perlu bersabar dengan lebih utuh.

Mimpi,mimpi..mimpi yang berlaku dibulan Ramadhan,hendak saya percaya terasa hati meragui. Hendak menganggap bisikan syaitan,tapi mimpi ini adalah mimpi yang baik. Sesungguhnya bukankah mimpi yang baik itu adalah datangnya dari Allah? Serba salah dengan jawapan yang belum pun reda walaupun terpaksa juga terima,datang pula ujian mengiringi keadaan. Fitnah,tohmahan,cacian dan tuduhan dan segala bagai lagi lontaran yang hinggap pada diri ini. Salahkah diri ini kerana terpaksa terima apa yang Allah turunkan? Salahkah diri ini menerima kebahagiaan yang dipinta? Namun kebahagiaan yang Allah makbulkan ini menjadi masalah pada hati yang cemburu. Ia bukan istimewa pada diri saja tapi pada hati juga.

Dengan segala kudrat saya berserah kepada Allah, agar Allah berikan kebaikan kepada setiap apa yang saya terima secara bulat-bulat daripadaNya dan masih Allah tetapkan hati ini untuk terima hakikat dariNya dengan sangat baik. Apa dosa saya pada manusia yang menghukum saya? Saya tidak pernah mencipta masalah kepada mereka walau sekali. Mengapa saya? Ya,kerana Allah memilih saya yang akan mengalami situasi hebat ini. Wah, saya anggap nilai cinta dan kebahagiaan saya sungguh tinggi dan bernilai pada pandangan Allah sehingga jika ingin saya menggapainya,saya harus menempuh ujian dan cabaran yang sangat hebat. Mahupun begitu,Alhamdulillah....masih lagi saya ditempatkan didalam lindungan dan perhatian serta kasih sayangNya sehingga segalanya cukup dimudahkan.

Andailah mampu hati ini dirobek,mahu saja saya mempamerkan kepada setiap insan yang berada dikeliling dengan menunjukkan betapa berdarahnya hati ini dihiris berkali-kali dari insan yang gemar menganiayai diatas kebaikan dan nawaitu hati ini yang tulus. Bak kata kakak saya,saya seorang yang lurus. Mudah berbaik dan bersangka baik sehingga memudahkan orang lain mengambil kesempatan diatas kebaikan saya. Tak mengapa,'no mind' seperti yang dijudge rakan, berserah hati saya sepenuhnya kepada Allah. Semoga Allah memberikan ikhtibar dengan segala pengetahuannya demi kebaikan. Moga Allah kan terus melindungi hati ini yang telah terukir namaNya diatas rasa cinta yang saya ukirkan dengan sangat bersusah payah. Semuanya untuk Allah. Hati ini kini mudah disentuh hanya dengan ungkapan namaNya yang indah-indah. Jadi, Allah berikan kasih sayangNya melalui insan yang mampu menjadi pembimbing seiring dengan kasih sayang insan yang sempurna. Cinta ini adalah cinta yang dihantar olehNya melalui insan yang Allah mahukan. Bukan kerana saya yang memilih insan itu. Hati dan diri ini langsung tidak memilih malah tidak menjangka akan memilihnya. Apa jua pun tidak lupa dengan ungkapan terima kasih Allah...Terima kasih...Sayang Allah forever n ever..Untuk segala-galanya...

Sunday, August 4, 2013

Buta ke cinta tu?

Kata orang cinta itu buta.....Tidak!
Cinta itu tidak buta...Allah ciptakan cinta itu cukup sempurna untuk manusia..merasai,menikmati dan menlayarkan ia sebagai suatu kenangan yang mampu diabadikan...namun manusia sering cuai dan alpa bahawa cinta itu sentiasa menjadi mangsa..
Cinta itu suci,yang diturunkan dengan penuh rasa nan teragung...cinta yang tekad dan terang bercahaya...Membuatkan pemiliknya sentiasa berbunga cahaya bahagia...tapi tetap jua disalah guna...
Percayalah, andai ia dijaga mengikut cara dan syarat yang dimaktupkan Allah kepada hambaNya,sungguh ia memekar indah berbunga-bunga...
itulah,..Cinta Allah yang mencintai kepada hamba-hambaNya...