Tuesday, March 13, 2012

LUAHAN TERAKHIR UNTUKNYA


Wahai insan yang bernama suami,andai ditakdirkan kasih ini hanyalah sementara buat diri ini,
darimu wahai suami..
Terima kasih untuk segala kasih sayang serta kekuatan yang dikau tumpangkan buatku..
Terima kasih walau ia hanya bersifat sementara,pengalaman perjalanan hidup ini yang penuh bersimpang siur namun sangat bermakna dan berharga..
Jangan melihat hati ini yang sering menangisi demi cebisan harapan  juga palitan rasa cinta yang sudah tiada..Maafkan diri ini untuk hati yang telah jauh.Ia kesilapanku kerna tidak merasainya selama kita bersama berusaha membina kekukuhannya..Binaan itu sungguh teguh namun isinya masih suram sepi dan sunyi..Ia kosong tanpa warna penyeri kehidupan...Keizinan ini merelai kebahagiaanmu...Ia adalah pengorbanan besarku.Walau ia kabur pada pandangan matamu akan keikhlasan ini,ku kan doakan agar ia kan terus membahagiakan dirimu didunia ini.Dalam diamku,serpihan kecai hati ini,juga kehancuran ini,..ku sematkan menjadi doa buatmu diakhirat..diatas kebaikanmu melindungi ku suatu ketika dulu dalam semangatmu.Maafkan ku kerna tidak merasai kebahagiaan juga cinta selama denganmu...ia adalah kesilapanku..
Wahai suami,..dikau yang terbaik..Buat anak-anak kita..yang pernah suatu ketika ku kurniakan bagai hadiah untukmu..
Ya,aku lemah..penuh kekurangan...Kerna tidak mampu membahagiankanmu..

Kesedaran ini datang bermain dijiwa hati serta perasaan..Aku bukanlah yang terbaik buatmu.Namun ku seraahkan segalanya buat tuhan yang lebih menentukan segala..
Buat tatapanmu wahai suami,..
Maafkan andai aku mengosongkan hati ini dari ukiran namamu...
Izinkan aku meletakkan ia didalam sepi sendiri..biarkanlah ia begini ku rayu..Aku tidak punyai apa-apa selain kurniaan bunga syurga serta Tuhan yang satu..Janganlah dikau memaksa hati ini untuk kembali semekar dulu..layunya kuntuman ini kan tumbuh yang lainnya sebagai ganti..
Dugaan ini sungguh milikku..dari Allah buatku..kasih sayang mu itu tertulisnya hanya sementara kerana tuhan inginkan cinta dan sayangnya buaku lebih dari segala-galanya didunia ini..
Aku menulis ini dengan tangisan airmata..bukan kerana melihat siapa dirimu,tapi aku melihat siapa diriku..
sungguh kesedaran ini merubah segala pandangan yang memesong..Ia terletak didalam diriku..Aku kecewa..bukan kecewa kerana dikau wahai suamiku,..tapi kerana diriku yang terlepas dari keindahan juga perasaan cinta yang menghiasi jiwa  yang memekar menjadi pandangan hati ini..Aku mencemburui insan lain, namun aku lebih menyesali andai cinta tuhan tiada buat aku..
wahai suamiku,..

diri ini sungguh lemah..,aku lesu...lelah menjadi diriku yang tiada hentinya membimbing diri ini bersama ujian serta dugaan tanpa hentian..sejak azali ia tiada mengenal erti berhenti..
Kini aku pasrah padamu juga Tuhan yang menjadikan aku setulus serapuh seorang wanita..
Aku kan terus meredhai hidup tanpa rasa cinta,kasih dan sayang ini selamat hayatku..
Ia pengorbanan aku untukmu..juga anak2 syurga yang menghiasi kehidupan kita..
Andai ia kan berakhir dengan kehendak tuhan,tiada pengganti kan dapat mengisi hati yang telah tertutup ini. Namun aku tirak mampu menolak kuasa dan kehendak Tuhan sekiranya jodoh itu hadir. Doaku kan selalu mengiringi dirimu dalam diam mu..
Airmata ini,..
ia bukan tangis kesedihan..malah ia tangis kesyukuran demi melihat dirimu sentiasa dipaut kebahagiaan dengan sidia..bunga kebahagiaanmu..:)



14 comments:

  1. Maafkan aku untuk luahan ini..aku tidak mampu tuk menahannya lagi...:'(

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya perjalanan kehidupan setiap insan itu harus mengharungi berbagai liku-liku suka dan duka...
    dalam pada masa yang sama ianya mengajar kita agar menjadi lebih tabah, lebih kuat, lebih matang malah lebih dewasa...
    dirimu..diriku..mungkin berbeza..namun diriku mengerti apa yang dikau lalui selama ini..
    walau diri ini kelihatan jauh darimu..tapi sebenarnya diri ini sentiasa berada dekat padamu...
    sentiasa mendoakanmu, walau terkadang perit rasanya bagiku ungkapkan...aahhh...mungkin ini adalah yang terbaik...sungguh diri ini ingin berada semakin jauh..namun ketahuilah bahawa diriku sentiasa membawa secebis kenanganmu bersamaku....
    Jangan bersedih...La Tahzan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah..hujan yang sedari awal makin henti,namun ia kembali lebat mengingatkan kembali episod kenangan itu..
      Aku tahu,..kerana hanya ada satu cebisan kenangan didunia ini tercipta indah buatku..aku tahu..walau ia secebis kenangan,namun ia sungguh indah..Sungguh aku sangat mengenali cebisan kenangan itu..
      ketika ini pabila diri makin lemah,..aku hampir tersungkur kini..aku benar-benar tiada daya walau kekuatan itu sering dibina..Bantulah aku untuk berdiri..ia semakin hebat..

      Delete
  3. kau pasti boleh bangun sendiri...walau tanpa teman..tanpa diriku..
    kerana biar dalam kesamaran ini, diriku percaya yang dirimu akan bangkit semula sebagai srikandi yang akan menegakkan semula martabatmu, pendirianmu...percayalah akan dirimu...dan DIA yang sentiasa tidak pernah melupakanmu...
    diriku bukanlah setanding denganNYA, kerana diriku hanya insan biasa yang juga lemah...........pergilah dan bangkit semula

    ReplyDelete
  4. Aku sedang mencuba,..dalam menyusun jari jemariku agar lebih daya dalam pautan yang lebih utuh biar tiada huluran yang sudi memimpin..Memula mengorak langkah kewanitaan yang punya kekuatan sebenar walau penuh kepayahan dan kesayuan.Aku percaya diriku namun tidak ingin membohongi tiada kesedihan yang mengalir disudut mata..Itu adalah pasti.Syukur dalam kesedihan ini,Allah menghantar seseorang menjadi nadi semangat..Bagai merasai ia sangat dekat,.keyakinan ini semakin memperlihatkan wajah..mampukah aku?

    ReplyDelete
  5. inginku lenyapkan jauh tangisanmu
    inginku hujanimu dengan kata-kata indah
    inginku duduk berdekatan denganmu
    agar dapatku redakan keperitan di wajah

    inginku berikan tempat dirimu bersandar
    inginku kongsikan segala kesayuan di hatimu
    inginku berikan janji pasti kebahagiaan esok mendatang
    namun bahuku tiada terdaya

    diri ini tidak mungkin mampu bertahan
    langkahku hayut sudahpun jauh
    jauh meninggalkan keheningan semalam
    langkah yang ku tinggalkan tidak mungkin berpatah balik
    ku doakan agar dirimu bangkit
    walau tanpa daku disisimu lagi
    Jangan bersedih ungkapan terakhirku beri
    ku harus pergi................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapakah dirimu ini?Janganlah sembunyikan diri dalam aku sering terus tertanya-tanya..plssss

      Delete
  6. Myne.. i dont know why when i read tis post i shed my tears. It touch deep inside me. Stay strong walaupun perit!! Tats exactly the feelings i had myself!

    ReplyDelete
    Replies
    1. My friend,i can't hide what i felt...Sy ingin berkongsi kesedihan ini..Kerana aku sedang lemah,aku inginkan kekuatan dan semangat yang dikongsikan kepadaku juga..aku tak tahu sampai bila...moga ada pengakhiran buatnya..

      Delete
  7. Assalam serikandi Emy ...hidup ini memang penuh dgn warna warni. sedih, suka, gembira, murung etc adalah warna kehidupan yg mmbuatkan hidup ini lebih ceria lagi bermakna. Warna warni juga pelengkap hidup. Pastinya warna warni ini datang nya dr Pencipta. Bukah kah segala yg d cipta oleh Pencipta itu baik utk manusia & alam ini? Rasai lah & nikmati lah Warna warni ni dengan rasa SYUKUR pd yang Maha Kuasa. Manis itu nikmat, pahit juga nikmat, gembira itu nikmat sedih juga nikmat...semua itu hanya d rasai nikmat oleh hati yang BERSYUKUR pd Allah. Hadapi lh dgn Bersabar & solat ...Insyallah ada HADIAH yg terbaik utk Emy dr Pencipta nnti. ..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih diatas nasihat itu,..rasa menghargainya...ia kini telah pun berlalu namun masih berparut dihati..namun kekuatan aku membina jati diri semakin indah...insya allah ia kan menjadi lebih indah demi allah...segalanya demi allah jua..^_^

      Delete
  8. bersabarlah,,
    sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar,,

    :gummy bear

    ReplyDelete
  9. Kesusahan dan kesengsaraan adalah tanda ALLAH sayang kepada hambaNya dan kebahagiaan pasti muncul suatu hari nty...org yg brsabar akn menang walaupun diawlnya nampk lemah..

    ReplyDelete
  10. Speechless.. ����

    ReplyDelete