Monday, August 29, 2016

Best Ke Buli?

 Assalamualaikum..

Hi..dah lama tak menconteng dinding blog ni. For sharing my experience today, we will talk about BULLY. To bully and being bullied. Especially dalam enviroment bekerja. Di ofis atau di luar ofis, bak kata dimana sahaja. Tapi untuk kali ini kita target di kawasan bekerja iaitu di ofis.
How to express your respect to ohers? Kill them with kindness as sing by Selena Gomez?.Seriuosly aku memang suka lagu dia. Meleret pulak merepek.

Setiap company yang aku kerja, hampir setiap hari aku dibuli oleh staff2 senior. Ego, snob, arrogant but low quality of personality. Ia berlaku dimana-mana company. Tapi kenapa aku bukan macam mereka? Lebih suka buat kerja sendiri, membantu yang sepatutnya dengan jalan yang terbaik. Kenapa? Because i have been in the same situation before. Dibuli dan disakiti setiap hari sehingga merasa fobia untuk memulakan kerja. I know this is our experience of life, but we can't let this happen. Helo, wake up and be brave...
                                                         
                                                                       

Aku gila suka dengan kerja aku. Aku suka buat kerja diam2 sambil dengar muzik. Kenapa selalunya staff lama ni suka buli instead of mengajar dan membantu? Sebab merasakan diri lebih bagus dan berpengalaman. Macam najis je aku tengok. Serius macam najis. Pengalaman kerja apa sangatlah nak dibandingkan dengan pengalaman hidup. Bak kata, selagi x melalui pengalaman hidup yang dasyat, selagi itulah mereka tu bukan hebat. Upss, kasar pulak ayat aku, tapi itulah gambaran kebencian pada orang yang melihat dan merasa. Apa, mereka x suka? Kenapa pulak kita harus merasa hairan? Manusia-manusia yang bersifat ego ni memang jarang boleh terima sesuatu yang x kena pada jiwanya. C'mon, setiap orang ada kelebihan masing-masing. Aku walaupun masih baru, tapi aku study tentang hospitality kot.

Sometimes rasa bosan dan nak maki pun ada. But why should we be like them? We are special.
Tidak mahu melawan bukan kerana takut atau sewaktu dengannya, tapi kerana kita ada integriti dan dignity untuk kita jaga.We are not them. We are we. And we are special, ingat tu...

Wednesday, December 24, 2014

THE BEST KARIPOP (PUFF) I EVER HAD!!

Dulu pernah keluar tentang Karipop ni di majalah At-Taqwa dibawah kolumn karya saya. Saiz karipapnya yang luar biasa, juga di pelbagaikan dengan inti yang luar biasa yang confirm tiada dijual dimana2 selain dari jenama karipop sendiri.
Kini karipap ini yang di brandkan dengan jenama KARIPOP  telah mengeluarkan  karipop frozen untuk dijual kepada umum supaya peminat2 karipap boleh menikmati snek ini dimana2 saja atau dirumah sambil menikmatinya dihadapan televisyen bersama keluarga atau rakan2. Jika berminat, bolehlah pm ke Facebook.com/karipopkl. Penghantaran akan dilakukan segera ke kediaman masing-masing di seluruh kawasan KL, Selangor, Ipoh, Pulau Pinang, Sg. Petani dan Johor.

Ini harga bagi pakej KARIPOP :

RM 10 satu paket bagi saiz sederhana (10 biji satu paket) + minima RM16 cas penghantaran (mengikut kawasan masing-masing).

RM 20 satu paket bagi saiz besar (10 biji satu paket) + minima RM16 cas penghantaran (mengikut kawasan masing-masing).

Sebelum ni KARIPOP  ni pernah buka kiosk sementara di Busana Mara jln TAR, dalam sehari mula jual dr pagi, sampai tengahari je dah settle habis macam pisang panas. Saya bawa anak2 saya cuba KARIPOP ni, habis x berhenti beli termasuklah maknya ni. Satu hari sampai 4 ketul habis haha. Maklumlah bila selera terhadap makanan ruji tiada, maka karipap ni la yang jadi pengganti penyumbang tenaga.
Padahal sebelum ni aku paling tak suka makan kuih muih terutamanya yang bergoreng. Tapi bila dah jumpa KARIPOP ni, hilang kejap kewarasan dan prinsip aku terhadap kuih tradisi ni.

Siapa yang x suka Karipap kan? Memang sedap kalau makan panas2 apatah lagi intinya pure berperisa, mantop x seperti sesetengah karipap yang intinya kentang je lebih. Okay KARIPOP ni terdapat 4 jenis inti yang memang confirm digemari ramai. Korang pun takkan jangka dengan kandungan inti yang kreatif dan luar biasa ni.

Terdapat 4 jenis Inti iaitu :

1. Beef casserole
2. Mushroom & Onions
3. Mash potatoes & Chicken sausage
4. macaroni & Cheese
5. Chisken Masala

Satu lagi, aku ni penggemar kepada menu Chicken Masala masakan orang India. Setiap kali pergi kedai mamak, memag menu ni yang aku cari. Memang susah sikit nak jumpa di kl ni sebab yang ada semua tiada masala. Hehehe...Dekat penang banyak. So bila tahu KARIPOP ni mempunyai inti rasa dari masala yang pure hand made, apa lagi. Faham2 la sampai aku borong ke rumah. So kalau korang nak order,stock sentiasa ada. favourite aku satu lagi ialah Beef casserole. Speechless. Fresh made bila di order. Rugi kalau x cuba. ^_^

Kalau you all nak beli boleh la call di nombor 010 2124956.


Tuesday, January 7, 2014

SAYANG YANG SUKAR DIPADAM

Perasaan sayang itu memang xkan pernah habis..Bila timbulnya ia, akan selalunya timbul..
Sukar untuk dipadam-padamkan....Setiap perasaan sayang itu ada karakternya yang tersendiri...
Sayang sebagai sahabat, keluarga dan si dia..

Sayang kepada sahabat adalah menjadi seorang ikhlas, sayang kepada keluarga adalah menjadi seseorang yang mengasihi dan sayang kepada si dia adalah menjadi seorang yang jujur..
Dan perasaan sayang ini bukan bahan murahan untuk dikongsikan dengan orang lain.

Ia hanya tetap untuk yang ditujukan.
Jika menyentuh kepada sayang untuk si dia, sungguh manis sayang itu tidak diberikan dengan cinta...kerana cinta itu akan diberikan ketika sah menjadi suami isteri..sayang yg dizahirkan dengan perasaan cinta akan mewujudkan ketulusan sepenuh hati..lebih dari kemampuan mencintai kepada diri sendiri..

Kasih sayang yang memiliki cinta lebih tinggi nilainya..kerana sekali ia diletakkan dihati seseorang berlandaskan kesungguhan dan keikhlasan, selamanya ia akan kekal diteman kebahagiaan...

Disini juga akan dizahirkan rasa dihargai dan menghargai...Menghargai hati dan perasaan selama masih bernyawa...Menjaga dengan penuh kasih dan sayang, Memelihara hubungan yang berlandaskan agama dan penuh keikhlasan...

Semua ini termaktub janji diri diatas kepercayaan dalam hatinya..dan dari sinilah juga ia akan berlaku dengan bersungguh-sungguh dimana pengakhirannya nanti tidak akan berakhir dengan sia-sia...

BERILAH PELUANG KEBAHAGIAAN KEPADA DIRI

A lots of confuses...

Diri kita banyak kekurangan dan kepahitan, namun lebih kesian kita tidak memberi diri kita peluang untuk mencapai impian dan kebahagiaan...


Kita masih sibuk mengejar hal-hal kepuasan dan kepentingan, namun kita tidak pernah kisahkan hal-hal yang telah Allah berikan..

Bukalah mata, bukalah hati..lihat disekeliling diri..apa yg ada, mengapa ia ada..apakah tujuan Allah mencipta diri kita didampingi kasih sayang sedangkan kita tidak endah dan tidak menghargainya? Sebagai Islam kita HARUS mempamerkan kasih sayang yang berlandaskan kemahuanNya, menghargai setiap peluang yang dilimpahkanNya, namun kita masih tidak sedar diri dan masih tidak mahu bersyukur..Erti syukur itu sambutlah dengan melakukan perubahan, iaitu perubahan yang lebih baik..bukan kekal berada ditakuk lama..

Untuk apa Allah turunkan ujian dan keperitan?
Kerana Allah mahu kita mengambil iktibar dan belajar untuk menghadapi serta menerima HAKIKAT hidup, dan kerana Allah inginkan kita sentiasa mengingatiNya...

Kita sentiasa menunaikan ibadah dan menunaikan solat, tapi apakah hati kita benar-benar terletak keikhlasan kepadaNya?
Bagaimana kita boleh berkata kita ikhlas sedangkan hakikatnya kita x terima hakikat dan kenyataan ujian dariNya?
Bagaimana kita boleh kata kita semakin dekat dengan Allah sedangkan keperitan dan kesakitan yang Allah berikan pun kita jadikan sebagai alasan utk kita menghadapi kebahagiaan dan kehidupan yang serba indah?
Bagaimana kita akan dapat kenikmatan hidup jika kita masih menganggap kenangan pahit itu sebagai trauma utk kita melakukan perubahan? BAGAIMANA KAMU NAK DAPAT APA YANG KAMU MAHU SEDANGKAN KAMU SENDIRI TIDAK CUBA BERUBAH?
Berilah peluang kepada diri sendiri..Kasihanlah kepada diri..Usah mementingkan perasaan sendiri sedangkan hidup kita yg bernyawa ini pun adalah pinjaman daripada Allah..
Jangan jadi manusia yang sombong, apabila diberikan ujian, terus menerus kita menolak untuk menerima kehidupan yang mendatang yang mana Allah turunkan demi perubahan..
Jadilah hamba Allah yang benar-benar ikhlas yang apabila diturunkan musibah baginya, dia menerimanya denga ikhlas dan belajar daripadanya untuk menjadi manusia yang mempunyai hati yang semakin kuat untuk meneruskan kehidupan..
Sesungguhnya kesakitan itu sebenarnya adalah kekuatan..Jika kita merasa sakit, sedarlah masih ada yang lebih sakit daripada kita..
Dan jika mereka boleh berdiri menerima cabaran Allah, takkan kita tidak boleh?
Sesungguhnya Allah maha mengetahui kemampuan kita..Tidak akan Allah hantar sesuatu ujian tanpa kesesuaian dengan kemampuan seseorang hambaNya..

SEDARLAH..
Allah sayangkan kita...ADAKAH KITA SAYANGKAN DIRI KITA?...

NILAI CINTA

Ketika cinta sudah menawan hati kita, apa pun sanggup dikorbankan sekalipun nyawa demi sebuah cinta. Cinta itu sabar, murah hati, dan penuh dengan kelembutan, namun tegas dalam tekadnya bagi memberi kebahagiaan kepada orang lain.
Malah, ketika kita dilanda rasa cinta dan kasih yang meluap-luap,
kita tidak lagi memikirkan kepentingan diri sendiri. Pada kita, yang penting adalah bagaimana untuk kita membahagiakan orang lain.
Cinta yang hadir tanpa dirancang itu adalah datangnya daripada Allah, dan cinta yang dirancang itu datangnya daripada nafsu..
Semai benih cinta kurniaan Allah itu menjadi pokok kepada kebahagiaan diatas landasan Islam agar ia akan sentiasa terjaga dalam harga yang tinggi nilainya..
Peliharalah rasa cinta itu, kerana nilainya sungguh berharga diantara kedua pemilik itu...

Wednesday, October 30, 2013

Motivasi pengalaman Hidup

Pengalaman,..
Hidup ini yang mana berkaitan kehidupan sejarah silam yang diabdikan sebagai seorang insan yang kelihatannya tiada apa-apa..
mengapa kita ini sebagai manusia dipandang rendah? Mengapa?
mengapa kita ini dipandang hina? Sedang sebagai seorang manusia, kita semua jelas dengan hakikat hidup ini melainkan ilmu kehidupan ini bukanlah dianggap sebagai sebuah amanah sebagai khalifah dibumi Allah ini. Mencari jawapan di sebuah perantaraan di jambatan kehidupan yang sering diusik badai. Hakikat hidup ini tidak siapa yang mengerti perjalannya. Bagaimana kita cuba mengorak langkah dalam mengutip segala perpecahan yang mampu dijadikan potret kehidupan yang mana boleh dimartabatkan dengan benuh kebanggaan.

Hari ini, aku ini yang masih lagi di ofis, At-taqwa Publication, aku didatangi peneman yang sedang memerhatikan gerak geri aku yang sedang bergerak bagaikan entah apa yang hendak aku katakan. Tiada kata.
Hikmahnya, dalam merungkai selirat isi hati tentang hakikat hidup ini, yang mana ia bagaikan kail yang menarik perhatian sang ikan, dan hasil yang diperolehi ini pengharapannya sangat tinggi. Mungkin bukan pada orang lain, tetapi pada aku. Soalnya semua yang berlaku ini adalah berkisahkan kehidupan aku. Bagaimana aku bermula sebagai seorang manusia yang dipandang hina, biarpun ia masih mentah ketika itu, harapan yang bergantung disarang benakku tidak jerlus dengan begitu mudah.

Wahai sahabat sekalian, usah begitu mudah mempersoalkan kehidupan andai hakikat ini belum kita bersedia untuk menerimanya sebagai sebuah kenangan dimasa yang akan datang. Kita tidak menjangka, harapan kita mungkin adalah kepalsuan, impian kita mungkin bukanlah kemenangan.

Monday, September 2, 2013

INILAH HIDUP ZAMAN 2013

Peredaran masa dengan kehidupan,dengan pengalaman aku,aku tgok keseimbangan xde dalam isu harga naik barang...
Bila minyak naik, aku perasan benda lain pun naik harga..dulu aku rasa sedikit terbeban, tapi sekarang ni aku terasa banyak sangat bebanan sedangkan baru je harga minyak yg naik..belum lain2 lagi...ini bagi akulah yg cukup2 mkn. Aku bayangkan mak bapak aku kat kampung yg da sedia susah tu...hmm..malah aku masih x boleh terima apa sebab kerajaan naikkan harga minyak...nk tau gak...okay kalau naik pun, errrhh...hmm kenapa nak naik..tgok kalau keluarkan perbelanjaan utk mengundi bukan main membazir utk mcm2 menda.. Hmm at least turunkan sikit harga barang keperluan asas yg lain supaya perbelanjaan mahal utk minyak boleh di'deduct'kan utk kegunaan pd barang keperluan asas...
Haihsss...entah org paham ke x luahan aku ni...apa yg aku rasa,hmm..mahal la harga minyak :(
Aku malas la nak salahkan org nun n org nin sebab cerita kejadah ni...
Aku tgok org-org yang berkemampuan x kisah langsung pasal harga minyak. Mungkin sebab diorng mampu, so x terasa sangatlah duit habis or whateva...tgok org yg menyokong BN plak,mereka sikit pun x kisah harga minyak naik..hmm mngkin mereka pun mampu nak keluarkan duit 'emas' mereka utk minyak dan beri banyak alasan utk pertahankan org BN bervanding cuba utk memahami perasaan org lain yg sama manusia mcm mereka. Sy perasan, harga keta turun tp harga minyak naik...hmm wht d different? Keta yg turun harga tu plak keta cap tin milo... Owh, owkay  alhamdulillah boleh gak pakai,tapi bila datang time dia punya rosak,banyak gak keluar hingga membebankan...itu je yg mereka mampu beli,tapi x setaraf dengan nilai nak membayo kerosakan qualiti yang hancoq..hmm..bila aku duduk ditengah2 dan melihat disekeliling sambil berfikir, ini bukan kerana kerajaan manusia,tapi ini masalah manusia yang berkerajaankan nafsu...yang berada tinggi di puncak nun...x kisahlah siapa dia,tapi dia nampak x apa yg berlaku sekarang ni menambah keruhkan hati2 mereka yg terasa terbeban?..
Honestly, aku mmg bertambah x suka dengan perangai2 tamak dan rakus org dalam kerajaan yang memandangkan kemewahan dan kesenangan...cuba diorng stay kat rumah orang kebanyakan ni utk sebulan dua utk merasa empati masyarakat...potong jarilah kalau mereka sanggup...
Hmm...Manusia.. manusia...manusia yang berkerajaankan ketamakan...aku ada pengalaman kenal dgn org2 kaya raya yg jd kaki bodek Bee yen....aku kenal baik dgn diorng, so mmg aku tgok mereka sekarang ni pun semakin tamak dan sombong...Dan mereka pun mmg org2 Bee yen jugak. Aku tabik dengan sorang kenalan aku,dia nampak segala kebenaran dosa dalam 'team' tu, dia cepat undur diri..takut suapan haram pd anak2 x berkat sampai ke hari kiamat..
Sigh!..
Sorry to say, ini luahan aku..
so aku pun ada hak utk bercakap...
Kenyataan yg aku nampak,aku x boleh ckp lebih2..sebab nanti aku plak kana bambu lebih2 dgn org Bee yen sebab banyak mengomen tntng kenyataan yg aku nampak depan mata...
Siapalah aku nak ckp banyak...
Aku setuju mengizinkan mata aku utk jadi saksi di padang masyhar nanti bagi org2 yang terlibat berkaitan dosa haram ni..
Cuba bertanya kepada org2 yg buat kerja kontraktor yang kelas F tu..mereka lebih faham..sgt2 faham dengan keadaan mcm ni...kesian pulak sy tgok...hmm..
So, bila keadaan jd mcm ni, org yang rasa terbeban je yg akan faham..org yg x terasa tu mungkin masih berkemampuan..alah,setakat 20sen org nak kisah apa kan ;) ... Tapi bagi org yg sangat  memerlukan, mmg tinggi pd nilai kehidupan jika ia dikira berhari2 dan bertahun dlm hidup...Lainlah setakat 20sen tu hanya diminta bayar utk seminggu tu lain citer la...Keperluan minyak ni berhari2..bukan seminggu je doll..
Dulu aku x terasa sangat sebab aku x cari duit utk bayar duit minyak, tapi now bila dah hidup  berdikari sendiri, baru aku faham 'kebebanannya'.
wah wahh...inilah kehidupan... :(