Thursday, March 14, 2013

KEKURANGAN KU ADALAH KEKAYAAN KU

Bila melihat cerminan diri,
aku melihat tubuh yang berdiri ini
Merenung kelebihan diri aku terfikir,
Aku tidak punya apa2...
Harta,kemewahan,pangkat darjat yang dipandang hebat..
Kesedaran ini membuat aku berfikir..
Mengapakah aku tidak dilimpahi kelebihan merasai nikmat duniawi,
Apakah aku tersisih dari kehebatan keindahan merasai...
Terpana akan kesedaran yang menjana kekuatan fikiran,
Aku melihat pandangan  diri sendiri...
Kelihatan ada pancaran kesedaran,
Barulah ku tahu kini,
Aku memang tidak punya apa-apa..
Walau pada dasarnya kelihatan aku memiliki segalanya di dunia yang fana ini..
Tersedar dari lamunan,
bersyukur aku menjadi sedehana walau dasarnya miskin..
Namun disebalik sudut hati,aku memiliki kekayaan yang melimpah ruah..
Kekayaan yang tidak menjangka,
Allah sungguh maha pemurah,didalam kenaifan dan kekurangan kasih dan kemewahan,aku memiliki HATI yang maha hebat mewahnya..
Kerana HATI yang ini tertulis kalimah ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM...
Baru ku sedar aku memiliki sesuatu yang teramat berharga melebihi segalanya..
Iaitu SEKEPING HATI yang tersembunyi di dasar tubuh ini..
Terima kasih YA ROBBI untuk kurniaan ini..
Aku redha didalam kekurangan,kerana disebalik kekurangan aku dilimpahi keindahan...^_^

1 comment:

  1. Assalamualaikum emy.
    SubhanAllah Alhamdulillah,
    nice sharing my dear sis.

    Tak sangka akak , akak ada geng blogger baru.. =)

    ReplyDelete