Thursday, March 14, 2013

KEKURANGAN KU ADALAH KEKAYAAN KU

Bila melihat cerminan diri,
aku melihat tubuh yang berdiri ini
Merenung kelebihan diri aku terfikir,
Aku tidak punya apa2...
Harta,kemewahan,pangkat darjat yang dipandang hebat..
Kesedaran ini membuat aku berfikir..
Mengapakah aku tidak dilimpahi kelebihan merasai nikmat duniawi,
Apakah aku tersisih dari kehebatan keindahan merasai...
Terpana akan kesedaran yang menjana kekuatan fikiran,
Aku melihat pandangan  diri sendiri...
Kelihatan ada pancaran kesedaran,
Barulah ku tahu kini,
Aku memang tidak punya apa-apa..
Walau pada dasarnya kelihatan aku memiliki segalanya di dunia yang fana ini..
Tersedar dari lamunan,
bersyukur aku menjadi sedehana walau dasarnya miskin..
Namun disebalik sudut hati,aku memiliki kekayaan yang melimpah ruah..
Kekayaan yang tidak menjangka,
Allah sungguh maha pemurah,didalam kenaifan dan kekurangan kasih dan kemewahan,aku memiliki HATI yang maha hebat mewahnya..
Kerana HATI yang ini tertulis kalimah ALLAH AR RAHMAN AR RAHIM...
Baru ku sedar aku memiliki sesuatu yang teramat berharga melebihi segalanya..
Iaitu SEKEPING HATI yang tersembunyi di dasar tubuh ini..
Terima kasih YA ROBBI untuk kurniaan ini..
Aku redha didalam kekurangan,kerana disebalik kekurangan aku dilimpahi keindahan...^_^

CINTA KEPADA ALLAH

Jika kamu merasai cinta dan kasih Allah,bagaimana dapat kamu menggambarkan apa yang kamu rasai?
Ingin memeluk tidak tercapai,ingin memanjat sesuatu agar dapat menggapai namun tidakkan mungkin akan sampai..
Memeluk tubuh merasai hati yang penuh kasih sayang setiap kali bibir melantunkan zikir kerana merasai syukur diri,hati dan jiwa ini datangnya dari Allah,hingga merasakan segala yang berada dekat disekeliling kita ini adalah Allah yg punya,ianya daripada Allah..kenangan dr Allah tuhan yg kita x nampak,..terasa seperti ingin berlari2 mencari sesuatu namun x sabar untuk berjumpaNya,dan akhir sekali melepaskan rindu didalam solat dan tafakur kepadaNya...Setiap kali doa dilafaz,setiap kali itulah titisan airmata cinta dan rindu mengalir dengan tiba2..sedang rasa 'angau',dalam masa yang sama hati tenang yang teramat sangat hingga sukar dilafazkan dengan kata2..,kata hati,andailah aku dapat segera bertemuMu ya Allah,andailah aku tiada amanah dan tanggungjawab di dunia ini,maka segerakanlah pertemuan KITA...rasa sakitnya menderita kerana rindu yang teramat sangat...zikir dan lafaz doa rasa x puas2..semakin banyak doa dan zikir dilantun,semakin rindu ini kuat dan x sabar2..,Teringat ketika diri rasa teraniaya,doa yg dipanjatkan adalah mendekatkan diri dengan yang maha ESA,dan di berikan secebis rasa cinta yang utuh daripadaNya agar dapat aku memeluk kasih sayangnya...apakah ini yang sedang berlaku?
KALAULAH KAMU SEMUA MAMPU MELIHAT APA YANG ADA DI DALAM DADA KU..
Berdosanya aku rasakan kerana meminta aku disegerakan 'pergi' kerana tidak tertahankan cinta aku kepadaNya sedangkan aku di amanahkan dengan tanggungjawab yg besar di dunia ini..,Dunia ini penuh dosa,bimbang aku tak tertanggungnya dan membuat aku berjauhan dengan CINTA aku...
MELIHAT RASA YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI,AKU BERALAH WALAU TERPAKSA..,
Tapi tak mengapa,kerana aku tahu CINTA aku ada dihatiku..dan aku tahu DIA kan kurniakan secebis kasih dan sayang utk seseorang yang kan menjadi imam di dalam solatku....^_^

Ameen...,kekalkan sygku untukMu selamanya hingga ke akhir hayatku...;')