![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoQrm7_HqjJ8_xITFC7sGijxyicoNQAlyxtBmoqMOO0Qw7-2id3PgfHDmBNztIWdlNMNp1GeWkpFbdHLZyZVLyeV5BnS6wsiyMHZh2VQ9M64AvLZkcd9HYaJEsDEH9rNYM-qiq72v1viE/s400/734986_459288430802400_1143926229_n.jpg)
Event berbentuk percutian bersama ni bukan aku pandang kerana percutian 6ang menriknya,tetapi aku pandang akan perkongsian yang akan dibawa.Meraikan pelbagai kerenah rakan-rakqn yang agak melucukan dan tak kurang juga yang sangat peramah.Bertemu dengan rakan yang baru dikenali juga para sahabat yang begerak sebagai daie dalam bidang dakwah.Ceh aku pun 2x5,cuba junior saja la...^_^.Dan bila berada dipuncqk yang sejuk kaw kaw ni,kepala otak dah mula fikirkan apa keistimewaannya yang aku nak cari untuk aku manfaatkan bagi diri aku.
Setahu aku yang paling aku inginkan bila berada disini ialah tomato cerinya yg fresh memandangkan kat sini banyak sayuran yang fresh.Aku memang gilakan tomato ceri.Kegemaran aku yang tersangat2.Kalau ada buih mandian tomato,confirm aku akan beli,hehehe...bila nampak peluang so aku beli banyak2 tomato ceri.Terasa pulak aku nak menyiasat kebaikan dan khasiat tomato memandangkan ia adalah sayuran yang sangat aku gemari.
Jom kita basa sikit aoa khasiatnya yang tersembunyi dibalik kecomelannya tu..^_^
Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
Selain itu tomato juga mengandungi fiber atau serat yang bagus untuk penghadaman dan kaya dengan antioksida. Kebaikan2 antioksida adalah
*membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
*Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darahTomato juga baik untuk kulit.
Untuk mendapatkan kulit yang halus dan menawan, amalkan memakan tomato setiap hari.
Kayanya antioksida dan keisitimewaan lain buah tomato adalah tingginya kandungan likopen. Selain memberikan warna merah pada buah tomat, likopen terbukti efektif sebagai zat antioksidan. Likopen juga dapat menurunkan risiko terkena kanser.Kandungan asam klorogenat dan asam p-kumarat di dalam tomat mampu melemahkan zat nitrosamin penyebab kanser. Vitamin A yang terkandung di dalam tomat sangat baik untuk kesehatan mata.Tomato juga banyak dimanfaatkan di dalam industri kecantikan,penggunaan sebagai masker dan pil anti penuaan yang menggunakan bahan asasnya daripada tomato.Selain itu terdapat juga kebaikan yang lain seperti;
*Membantu menurunkan risiko gangguan jantung.
*Menghilangkan kelelahan dan menambah nafsu makan.
*Menghqlang pertumbuhan sel kanker pada prostat, leher rahim, payudara dan endometrium.
*Memperlambat penurunan fungsi mata karena pengaruh usia (age-related macular degeneration).
*Mengurangi risiko radang usus.
*Membantu menjaga kesihatan organ hati, ginjal, dan mencegah kesukaran buang air besar.
*Menghilangkan jerawat.
*Meningkatkan jumlah sperma pada lelaki.
*Memulihkan fungsi buah pinggang.
*Mengatasi kegemukan.
Wah,wah..terasa bangganya bila menjadi pecinta tomato.Sekurangnya aku tahu khasiat yang aku dapat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjm4WrD5YD9pkAm3OvB1UOyd7GAgN4c-bZa3CFod8yCyq81AHKTJmbv-yTc4zQSPH7RWQsTT-tL1AleQ23cxFqS-ynYESHCTjuvpg2UvYiyHBmWCrnszrkinqNBrTDt452sjMkhJdAnnpc/s400/208237_459288254135751_14647601_n.jpg)
Haish..kala ada rezeki boleh la join lagi,Insya Allah..
Alhamdulillah,buat segala perancangan yang berakhir dengan baik sekali...syukur.,,
No comments:
Post a Comment